Ucapan Guru Besar Cemerlang

 

pic-gb

Encik Peter Ringgingon 

 

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Sebagai seorang pendidik, tanggungjawab yang telah diamanahkan sememangnya amat berat. Semua pihak akan memerhatikan kita setiap masa. Jika baik yang dilakukan, maka pujianlah yang akan diterima, begitu juga sebaliknya. Namun begitu, janganlah perkara ini kita jadikan alasan untuk tidak mahu berusaha bagi memajukan diri dan sekolah kita. Saya sebagai ketua pentadbir sekolah ini sungguh terhutang budi dan berterima kasih kepada semua GPK yang merupakan nadi penggerak kejayaan sekolah, guru-guru yang sentiasa peka dan sanggup memberi sebarang pertolongan pada bila-bila masa, kakitangan yang sama-sama berganding bahu menceriakan kawasan sekolah serta putra-putri sekolah yang sentiasa akur dengan peraturan sekolah.

          Kita boleh berbangga dengan kejayaan yang ada tetapi kita tidak boleh lupa dengan tanggungjawab kita seterusnya. Dunia akan melangkah ke alaf baru, abad 21. Kita harus menyediakan putera-puteri kita dengan cabaran-cabaran yang bakal ditempuh. Putera-puteri  kita harus mempunyai pegangan agama yang teguh dengan itu mereka akan merupakan insan yang tahan cabaran, berdaya juang, berdaya saing, merdeka minda, celik sains dan teknologi serta celik IT.
        Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang diPertua PIBG dan anggota jawatankuasanya yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada program-program sekolah. Dan juga tidak lupa kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu dan kerjasama yang erat dalam membawa sekolah ini ke arah kecemerlangan.
Sekian.
“1Tekad ke Arah Sekolah Berprestasi Tinggi”
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s